SEJARAH PENTING LIVERPOOL
Salam dan selamat membaca. Harini
aku akan membahas penting dalam sejarah
Liverpool. Untuk bagian 1 aku kongsikan sejarah dalam tahun 1892
hingga 1899 dulu. Mungkin aku akan teruskan dengan perincian setiap
sejarah dalam entri-entri akan datang. Senarai ini bukan keluar dari
kepala aku. Aku Cuma terjemahkan dari lfchistory.net.
26.01.1892
– Presiden Everton, John Houlding mendaftarkan syarikatnya sendiri
dengan nama yang hampir sama dengan Everton Football Club iaitu Everton
Football Club and Athletic Grounds Company Limited.
15.03.1892 – John Houlding meninggalkan Everton setelah mesyuarat agung Everton.
30.03.1892
– Peraturan bagi kelab baru John Houlding dipersetujui ahli
jawatankuasanya. Peraturan pertama menyatakan “Kelab ini akan dipanggil
Liverpool Football Club dan akan bermain di bawah peraturan persatuan
bolasepak(FA)”.
03.06.1892
– Nama baru kelab John Houlding diluluskan secara rasmi oleh Lembaga
Perdagangan. Nama kelab ditukar daripada “Everton Football Club and
Athletic Grounds Company, Limited” kepada Liverpool Football Club and
Athletic Grounds Company, Limited.
01.09.1892 – Liverpool menang perlawanan pertama mereka 7-1 menentang Rotherham di Anfield.
03.09.1892
– Liverpool bermain perlawanan kompetitif pertama mereka dalam Liga
Lanchashire di hadapan 200 penonton di Anfield. Liverpool mengalahkan
Higher Walton 8-0.
03.12.1892
– John Miller menjadi pemain pertama antara lima orang dalam sejarah
Liverpool yang menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan, ketika menang
dengan Fleetwood Rangers 7-0.
22.04.1893
– Merseyside Derby pertama berlangsung di padang Bootle dalam Liverpool
Senior Cup Final. Bekas pemain Everton, Tom Wyllie menjaringkan gol
tunggal perlawanan untuk Liverpool yang juga memenangi Liga Lanchashire
dalam penampilan sulung mereka.
31.05.1893
– Pada tahun ini, Mesyuarat Agung Liga Bola Sepak memutuskan untuk
menambah bilangan pasukan dalam liga tetapi permintaan Liverpool untuk
menyertai Divisyen 1 ditolak. John McKenna telah menghantar telegram
tanpa kebenaran atas nama setiausaha kelab, William E. Barclay untuk
menyertai Divisyen 2. Malam itu satu telegram sampai dari Liga Bola
sepak mengatakan “Liverpool terpilih. Datang ke London untuk menentukan
senarai perlawanan pada pukul 3″. Rupanya Liverpool dimasukkan setelah
kelab Bootle, jiran mereka yang lebih cemerlang, telah berkubur.
01.09.1893
– Piala Liga Lancashire dan Piala Senior Liverpool yang dimenangi
Liverpool telah dicuri dari kedai pajak gadai Mr Charles, dimana piala
itu diletakkan sebagai pameran. Kelab terpaksa membayar 130 pound untuk
menggantikannya.
02.09.1893 – Liverpool menguasai Middlesborough Ironopolis 2-0 dalam perlawanan sulung mereka dalam Divisyen 2.
10.02.1894
– Perlawanan besar pertama Liverpool dalam Piala FA bertempat di
Anfield menentang Preston North End yang dalam 5 tahun mereka telah
menang liga sebanyak 2 kali dan berakhir di tempat ke-2 tiga tahun
berturut-turut. Anfield dipenuhi 17000 penonton. Liverpool menang
perlawanan bersejarah ini 3-2.
28.04.1894
– Liverpool menang Divisyen 2 dengan selesa tapi itu tidak menjanjikan
kenaikan automatik ke Divisyen 1. Liverpool perlu bermain dengan pasukan
tercorot Divisyen 1. Liverpool mengalahkan Newton Heath (kemudiannya
dinamakan Manchester United) 2-0 dalam Test Match dan Divisyen 1 menanti
Liverpool.
08.09.1984
– Liverpool mencatat rekod kehadiran dengan 20,000 penonton hadir
menyaksikan kunjungan juara ketika itu, Aston Villa dalam perlawanan
pertama Liverpool di tempat sendiri dalam Divisyen 1. Tempat duduk utama
(main stand) yang baru dibina digunakan buat pertama kali.
13.10.1894
– Everton dan Liverpool bertemu untuk pertama kali dalam Divisyen 1 di
Goodison Park dengan kehadiran 44,000 penonton! Liverpool nampak belum
bersedia untuk Divisyen 1. Mereka kalah 3-0.
17.11.1894
– Rekod penonton 25,000 menyaksikan perlawanan pertama Everton di
Anfield sejak perpecahan mereka pada tahun 1892. Mereka seri 2-2 dalam
perlawanan yang penuh aksi.
02.02.1895
– Perlawanan Piala FA pusingan pertama untuk Liverpool menentang
Barnsley St. Peters penuh dengan sandiwara. Liverpool menang 2-1 setelah
masa tambahan. Tapi pegawai Barnsley menyatakan yang masa tambahan
hanya boleh diteruskan andainya kedua-dua kelab bersetuju. Barnsley
telah membantah sebelum perlawanan diteruskan lagi. Jadi gol kemenangan
Jimmy Ross pada minit ke-113 tidak dikira. Barnsley kalah perlawanan
ulangan di Anfield 4-0.
27.04.1895
– Liverpool bertemu Bury dalam Test Match untuk menentukan samada
Liverpool akan bermain dalam Divisyen 1 atau 2 pada musim seterusnya.
Liverpool tewas 1-0.
18.02.1896
– Liverpool mencatat rekod jaringan dengan menjaringkan 106 gol
menyaksikan mereka menjuarai Divisyen 2 dan mencatat kemenangan terbesar
mereka 10-1 menentang Rotherham. Liverpool menjaringkan 6 gol dalam 10
minit pertama dan George Allan menjaringkan 4 daripada gol hari itu.
17.08.1896
– Pengurus paling berjaya dalam negara, Tom Watson, meninggalkan
Sunderland untuk menyertai Liverpool. Watson ketika itu telah memenangi
Divisyen 1 sebanyak 3 kali dalam 4 musim di Sunderland pada tahun 1892,
1893 dan 1895.
01.09.1896 – Baju biru dan putih tinggal sejarah apabila Liverpool bermain dengan baju merah dan seluar putih buat pertama kali.
21.11.1896
– Liverpool yang dikenali sebagai “The Reds” bertemu Everton dimana kes
buang padang pertama berlaku dalam perlawanan kelab Merseyside. Pemain
Everton Alf Milward dibuang padang setelah ‘merempuh’ McCartney.
20.02.1897
– Thomas Bradshaw menjadi pemain Liverpool yang pertama bermain di
peringkat antarabangsa apabila dia bermain untuk England menentang
Ireland.
06.05.1898
– Setelah mengakhiri musim di tempat ke-5 dan ke-9 dalam Divisyen 1,
Liverpool membeli pemain bintang pertama mereka iaitu Alex Raisbeck.
Seorang pemain pertahanan tengah dari Stoke dan menjadi pemain penting
Liverpool buat musim-musim selepas itu.
30.03.1899
– Perlawanan terkakhir dalam pertarungan epik Liverpool dan Sheffield
United dalam separuh akhir piala FA. Perlawanan pertama dan kedua
berakhir 2-2 dan 4-4. Perlawanan ke-3 terpaksa dibatalkan setelah
berlaku lebihan penonton di stadium sewaktu Liverpool sedang mendahului
1-0. Akhirnya Sheffield United menjaringkan 1 gol pada minit ke-85 dalam
perlawanan ke-4! Ini kali ke-5 Tom Watson dikalahkan dalam peringkat
separuh akhir.
29.04.1899
– Perlawanan paling penting dalam sejarah Liverpool! Takdir menentukan
yang Liverpool bertemu dengan seteru utama mereka dalam liga, Aston
Villa di Villa Park dalam perlawanan akhir. Kedua-dua pasukan mempunyai
43 mata tapi Liverpool perlu menang kerana Villa mempunyai rekod
jaringan yang lebih baik daripada Liverpool. Villa mengalahkan Liverpool
5-0!
16.10.1899
– George Allan, penjaring hebat Liverpool di awal kemunculan mereka
dengan 56 gol daripada 96 perlawanan meninggal dunia kerana batuk kering
pada umur 24 tahun.
sallam YNWA
No comments:
Post a Comment